Trending

Assalamualaikum

Tujuan kami mewujudkan laman web ini adalah bagi memudahkan pengguna untuk mencari maklumat berkaitan produk-produk keluaran Mazidah Foods & Herbs Industries dan talian stokis dan pengedar yang sebelum ini susah diperolehi oleh para pengguna.

Kini, kami memberi peluang kepada para pengguna untuk membeli produk kami secara online. Para pengguna hanya perlu membuat tempahan, bank-in jumlah pembayaran dan memberikan maklumat penghantaran kepada kami.

Saturday, August 9, 2014

Khasiat Habbatussauda, Halia, Pegaga dan Saffron



Habbatussauda


"Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut." Hadis Riwayat Bukhari.

Antara khasiat Habbatus Sawda’ ialah :
  • Mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid
  • Melancarkan pengeluaran darah haid wanita
  • Menghancurkan batu karang
  • Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu.
  • Mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).
  • Ia boleh memainkan peranan penting dalam rawatan kanser, AIDS dan penyakit lain yang berkaitan dengan kekurangan imun. 
  • Kajian 1997, ia meningkatkan 55% nisbah sel-T helper dan sel-T suppressor dengan purata sebanyak 30% aktiviti sel pembunuh asli (NK) AIDS.  
  • Kajian 1960 ( saintis badr-el-Din, Mahouz), melegakan tanda pengidap asma bronkus.  
  • Kajian 1993 ( Nirmal Chakravarty M.D) , ia menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine, ia juga mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam sel.  

  • Merawat dan melegakan cirit-birit, muntah  



Halia

Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
"Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."


  • Menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

  • Membantu menghadamkan makanan
  • Mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada
  • menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut,, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun, cirit-birit
  • Menghilang bau busuk mulut.
  • Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum



Pegaga

 PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar. kaum Cina mengenalinya sebagai Ching Chow Sui manakala masyarakat India pula menamakannya sebagai valeeri atau gotru kola. Pegaga mempunyai 1001khasiat. Antaranya :         

  • Pegaga telah diiktiraf oleh WHO sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dan bersifat penyejuk dan penenang.
  • Merawat masalah jantung
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Menyegarkan badan.
  • Merawat pitam.
  • Mengurangkan berat badan
  • awet muda.
  • Rawatan selepas bersalin
  • Merawat penyakit nyanyuk
  • Mengawal keguguran rambut serta melicin dan menyihatkan kulit
  • Mengubati luka dan ulser kulit
  • Menyembuh demam
  • Menyembuhkan ulser perut atau usus
  • Merawat masalah tidur
  • Sesuai untuk penghidap kencing manis dan darah tinggi






 Saffron

Saffron adalah sejenis pokok herba dari jenis Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30cm. Bunga saffron mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna ungu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kg saffron kering yang dapat diperolehi dari 1 hektar tanah. saffron tergolong antara khazanah alam yang termahal di dunia. penggunaan saffron bukan sahaja dapat mencerahkan kulit,sekaligus dapat melembutkan kulit . bagi anda yang mengidamkan kulit cerah dan sihat, saffron adalah jawapannya. bagi ibu-ibu mengandung,saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. ujian kliniksl mengesahkan bahawa ekstrak saffron mempunyai nilai perubatan. saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.


KHASIAT SAFFRON:
-Proses penghadaman
-Menghilangkan bau mulut
-Pencernaan
-Asma
-Sembelit
-Sakit perut
-Keletihan
-Selsema
-Sakit sendi
-Menguatkan ingatan
-Tidur yang nyenyak
-Penyakit saraf
-Selera makan
-Melancarkan darah

KELEBIHAN SAFFRON
-Pencerna makanan
-Perangsang perut
-antiflatulence
-Perangsang tenaga batin
-Pelali untuk penyakit asli
-Bahan penenang 
-Menguatkan daya ingatan
-Baik untuk tumpuan perhatian
-Anti convulsion
-Anti spasm
-Anti alzheimer
-Anti parkinson
-Mengawal darah tinggi dan kolesterol
-Baik untuk rawatan anaemia
-Mengurangkan risiko untuk serangan  penyakit jantung
-Menguatkan dinding ateri dan heart fluorishing
-anti lelah
-Baik untuk rawatan batuk dan selsema.


No comments :

Post a Comment

Logo

Logo

Logo

Logo

Popular Posts