Trending

Assalamualaikum

Tujuan kami mewujudkan laman web ini adalah bagi memudahkan pengguna untuk mencari maklumat berkaitan produk-produk keluaran Mazidah Foods & Herbs Industries dan talian stokis dan pengedar yang sebelum ini susah diperolehi oleh para pengguna.

Kini, kami memberi peluang kepada para pengguna untuk membeli produk kami secara online. Para pengguna hanya perlu membuat tempahan, bank-in jumlah pembayaran dan memberikan maklumat penghantaran kepada kami.

Sunday, August 10, 2014

Jus Kurma Pegaga




Formula Terbaru Yang Lebih Hebat Dengan Safron


Jus Kurma Pegaga yang dikeluar dan diedarkan oleh Mazidah Foods & Herbs Industries   kini telah ditingkatkan  lagi formulasinya dengan tambahan stigma saffron yang berfungsi meningkatkan kecerdasan tenaga dan minda pelajar.

Stigma saffron daripada Iran merupakan sejenis herba yang paling termahal di dunia digunakan secara meluas dalam bidang perubatan kini manjadi salah satu bahan ramuan penting dalam jus Kurma Pegaga bagi menambahkan lagi keberkesanan produk ini yang telah terbukti khasiatnya sejak dikeluarkan tiga tahun lalu.

Minuman yang berasaskan kurma ini merupakan minuman yang sedap dan berkhasiat tinggi kerana ia diproses menggunakan bahan asli iaitu buah kurma, pegaga, kismis, habbatussauda’, halia dan madu yang mana khasiat bahan-bahan ini telah disebut di dalam Al Quran, Hadis dan kitab-kitab perubatan Islam yang tersohor.

Sejak dikeluarkan, banyak maklumbalas daripada pengguna yang memaklumkan Jus Kurma Pegaga ini telah berjaya membantu mereka dalam meningkatkan kecerdasan tenaga dan minda terutamanya pelajar, masalah dalaman wanita, darah tinggi walaupun minuman ini bukan diketagorikan sebagai ubat. Dengan tambahan safron sebagai salah satu ramuan penting dalam minuman ini, Jus Kurma Pegaga ini   lebih sedap dan berkhasiat. 

Selain itu, minuman ini sesuai diminum oleh semua golongan daripada bayi berusia 3 bulan hingga warga emas termasuk ibu-ibu yang sedang mengandung atau yang menyusukan anak mereka.

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, Jus Kurma Pegaga ini dapat membantu menghilangkan keletihan di samping dapat membantu perkerbangan otak bayi dalam kandungan. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, khasiat daripada ramuan Jus Kurma Pegaga ini akan menambahkan lagi susu ibu.

Produk ini yang merupakan yang termurah dalam kategori produk berasaskan kurma iaitu setiap 1 botol 1000ml dijual pada harga RM 16.50 di Semenanjung dan RM 19.50 di Sabah dan Sarawak boleh di dapati di farmasi, pasaraya, toko jamu dan herba serta pengedar yang dilantik oleh syarikat di seluruh negara kecuali Sarawak.



No comments :

Post a Comment

Logo

Logo

Logo

Logo

Popular Posts